- Berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik sendiri dan para pelajar.
- Berikhtiar untuk menjadi teladan kepada para pelajar.
- Menekankan penerimaan tanggungjawab individu sebagai asas kejayaan peribadi, pencapaian kumpulan dan pembaikan komuniti.
- Mengiktirafkan dan memperkembangkan kepimpinan yang membina serta kejujuran peribadi.
- Menggalakkan dan mengamalkan rasa timbang rasa dan kesediaan untuk membantu orang lain.
- Mengiktiraf kemuliaan dan nilai amalan yang berguna sebagai peluang untuk berkhidmat kepada sekolah.
- Meningkat dan memelihara disiplin diri pelajar-pelajar di sekolah.
- Mewujudkan suatu imej sekolah yang baik dan mengekalkan budaya sekolah.
- Mewujudkan dan memelihara hubungan yang baik di antara para pelajar dan pihak sekolah dengan pengawas-pengawas sekolah.
- Bersatu padu untuk menjaga nama baik Lembaga Pengawas.
- Mewujudkan dan mempertahankan identiti pelajar-pelajar.
Lembaga Pengawas GBS
Wednesday, 7 March 2012
MATLAMAT LEMBAGA PENGAWAS SMK GB
Apakah MATLAMAT Lembaga Pengawas SMK Gajah Berang?
Objektif Penubuhan Lembaga Pengawas SMK GB
Apakah Objektif Penubuhan Lembaga Pengawas SMK Gajah Berang?
- Mengawal & memperbaik kualiti disiplin sekolah.
- Melahirkan para pengawas yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
- Membantu guru-guru menjalankan tugas-tugas seperti membuat kawalan dan menjalankan "spot-check".
Blog Lembaga Pengawas SMK Gajah Berang, Melaka
Sejarah Kelahiran Blog Lembaga Pengawas SMK Gajah Berang
- Blog ini dihasilkan untuk menyedarkan warga sekolah SMK Gajah Berang serta komuniti sekitar bahawa tugas seorang pengawas sekolah bukannya senang tetapi penuh dengan pelbagai cabaran.
- Masyarakat setempat akan lebih jelas akan tugasan dan aktiviti yang dijalankan oleh Lembaga Pengawas SMK Gajah Berang.
- Orang ramai akan tahu serta sedar bahawa pengawas sekolah ialah pemimpin berwibawa yang berperanan utama untuk membina suasana sekolah harmoni serta membantu pihak sekolah menguatkuasakan peraturan dan polisi sekolah.
Subscribe to:
Comments (Atom)

